Cosmoderm

cosmoderm

Wednesday, May 17, 2017

Ber FUN RUN dengan MYMANUTD MATCH DAY RUN 2017

Sempat la nak publish satu entri pasal Running. Dah kali kedua dah aku masuk run tahun ni. Kedua-dua fun run je. Yang pertama tu tak buat entri pun. Fun Run 3km larian Bendera Ekspresi Negaraku dan yang kedua ni 6km MyManutd Match Day Run juga katagori fun run. Main dekat-dekat dulu. Belum kuat lagi nak main jauh-jauh. 

MYMANUTD MATCH DAY RUN 2017 | Siri 2 | 6 May 2017 | Marina Putrajaya | 8.00 malam

Okeh kenapa aku tiba-tiba berkenan nak join larian ni. Sebab aku tertarik dengan Baju dan Medal. Lawa siot. Medal memang rare arr.. Tengok medal je aku terus aku pergi register. Sempat register early bird murah sikit. Aku kat fan Manchester United, kena la sapot event Manchester United ni... 

Aku, Lan dan Yanty satu team datang untuk larian ni. Kami (aku & lan) bertolak dari Cheras ke lokasi sekitar jam 6 lebih petang dan sampai di Marina Putrajaya dalam 7 petang. Sementara bersiap-siap, masuk Maghrib, jadi kami solat dulu di sekitar parking. Lagipun surau yang disediakan penuh. Nasib baik bawa jam Qiblat, bentang tikar dan solat. Ambik wuduk guna air mineral.

Sampai di kawasan flag off jumpa la lagi member-member kenal. Maka wefie la dulu... 
Haa tudiaaa ramai yang join. Flag Off oleh Dato Sazali Samad. Wow Mr. Universe tu, brapa kali Universe pun aku tak pasti. Power-power.. 
Orang lain lari kami sibuk selfie. Hahaha.. Fun Run kan... ramai lagi kat belakang, tengah tunggu bagi ramai kat depan. Nanti kami kejar.. 

Sejam kemudian........

Penganjur menanti ketibaan kami di garisan penamat. Yeahhaaa berjaya merangkul medal yang lawa dan gempak ni. 6km berjaya ditawan. Nampaknya malam ni rezeki kami. Alhamdulillah, tak tido malam la aku dengan medal ni. Hahaha... 
Selalunya bila dah dapat medal ni, perkara wajib dilakukan oleh seorang runner ialah possing dengan medal. Sebab tu setiap minggu ada je orang post gambar medal lalu kat timeline Facebook ke Instragram ke... Kalau post Half Marathon ke Marathon ke Ultratrail ke, geram je tengok... ni baru 6km, gigit medal bagai.. Hahaha..contoh gambar bawah ni haha..
Gaya ala-ala Marathon. 
Ikutkan malam lepas running ni ada Live GAME - Manchester United vs Arsenal tapi game postpone. Game takde so ganti dengan akitiviti lain-lain. Happening gak la.
MYMANUTD MATCH DAY RUN 2017
MYMANUTD MATCH DAY RUN 2017

Okeh cukup la sekadar melakar kenangan dalam blog. Mana tau nanti makin lama makin banyak join event RUN. Boleh kumpul medal dan baju.. Haha.. Chaayookk... 

Tengah planning untuk Half Marathon hujung tahun ni. Tengah kumpul aura positif dan motivasi. Kalau cukup aku akan training... Help me UP !!

No comments:

Post a Comment