Secara kebetulannya, aku pergi solat jumaat kat Masjid Negara hari tu, ada seorang brother ni buka booth jual fidget spinner ni. Masa ni tengok tak banyak pilihan. Ambik la sepasang untuk Kakak dengan Angah. Balik rumah aku buat suprise la kat dorang ni. Memula kemain seronok ! Ingatkan dah ok, sekali Angah cakap tak suka pulak paten tu. Amboii demandnya haha..
Takpe la nanti google internet kot-kot ada jual online. Mana tau ada paten yang Angah nak tu. Google-google sampai la aku terjumpa Shopee. Apa benda Shopee ni ? Website online shopping. Kemain meriah gak website ni.
Apa lagi first skali aku terus la search "Fidget Spinner" dalam website Shopee ni.. Tudiaaa macam-macam jenis kuar. Rambang mata nak pilih. Bagi chances la Angah pilih sendiri. Angah nak mana satu? Harga pun murah dari beli kat luar.
Ok, Angah dah berkenan dah. Jom kita cuba beli online. Maka pakat la mengadap pc ni berdua. Macam biasa, permainan anak permainan aku gak. Apa Angah minat aku pun minat. Tu yang senang tu..
Sebelum buat online shopping ni kena register dulu. Wajib mana-mana pun. Register shopee ni mudah sangat. Tak perlu email !!
Signup Online Shopee Tutorial
Mula-mula masuk la website www.shopee.com.my pilih Sign up !
Masukkan no telefon dan verify code. Code via sms. Dah dapat code, set nickname, password dan security code. Tu je ? Mudah kan ?
Berbalik pada pilihan Angah tadi, Angah kata nak yang ni. First time nak beli online guna Shopee ni. Fuhh harap-harap tak complicated. Harga Rm3.50 belum masuk harga pos. Nanti tengok harga pos brapa.
Dah buat pilihan terus Buy Now. Sebab nak beli fidget spinner je dulu.
Okeh item dah masuk shopping cart. Next nak buat apa..
Proceed untuk Check Out Okeh masa check out ni, kena update maklumat alamat dulu. Yela nanti nak hantar ke mana kalau takde alamat kan...
Next, Place Order
Okeh sebelum proceed untuk place order, kat sini kena alert sikit, total harga barang dengan postage sekali. Kang terkejut tengok harga berubah mendadak. Haa, kalau ada promo code boleh masuk dalam ruang disediakan. Dapat diskaun lagi.. Buat masa ni aku takde lagi promo code. Jadi total payment aku Rm12.40
Macam mana pulak nak bayar untuk online shopee ? Aku buat pilihan untuk transfer ke no account Shopee. Okey, katanya transfer dulu ke account shopee, pastu prinskrin resit atau bukti pembayaran.

Pilih Transfer Now. Akan keluar paparan no akaun Shopee Mobile Malaysia Sdn. Bhd. Pembayaran ke akaun CIMB atau MAYBANK.
Cara aku buat pembayaran shopee.
Aku transfer payment ke account Maybank Shopee no : 514486516032. Dah buat payment, simpan resit, printskrin bukti pembayaran. Nampak tak kat atas tu "I have receipt. Upload now." Korang upload la prinskrin tadi. Boleh tengok tutorial kat bawah ni.
Login account perbankan masing-masing.
Printskrin bukti pembayaran. Haa nanti upload yang ni. Kalau nak privacy boleh buang no account peribadi dan new balance tu..
Faham kan takat ni. Tak susah pun. Selesai upload dan isi details dah boleh Submit
Receipt Pending review, masa ni dorang check bukti pembayaran...
Nanti check kat Notification. Within sehari dah ada feedback. Korang boleh check View Order Details.
View Order Details, boleh tracking proses kat mana.
Alhamdulillah setakat ni selesai pembelian online dengan Shopee.. Lepas ni tunggu barang sampai je.. Angah tak sabar nak main fidget spinner dia..
Konsep pembelian yang aku guna ni, pilih barang, transfer payment, upload bukti payment, dah setel, tunggu barang je..
Haa korang yang tengah baca ni, tengah ada promo Cahaya Raya bersama Shopee di mana ada potongan harga hingga 90%.. Wow sehingga 90% !! Bermula 15 Mei hingga 30 Jun 2017. Jangan terlepas peluang untuk shopping RAYA !!!!
Jommm Shopee ingggg !!
www.shopee.com.my
Boleh follow instagram @Shopee_My
#ShopeeMY
#ShopeeMY
#ShopeeMY
#ShopeeMY
#ShopeeMY
#ShopeeMY
#ShopeeMY
#ShopeeMY
Wahhh best promo raya tu, 90% diskaun. Memang banyaklah nak beli untuk raya ni, hehehee!
ReplyDeletewah, menarik
ReplyDeleteTak sangka pula macam-macam ada kat web Shopee ni...berjangkit sudah.
ReplyDeletemurah je meinan tuu kat shopee. kalau kat luar paling murah rm15
ReplyDeleterehat duduk depan pc jer kita shopping ha ha ha
ReplyDeleteMacam-macam ada kat shopee ni, rambang mata tgk harga dia murah2 .hihihi
ReplyDeleteWife saya baru terjebak dengan shopee. Murah sana sebab free postage & postage ditanggung partially oleh shopee dan buyer. Jimatlah jugakkan shopping di sana. Nasib baik budget kurang takdelah shopping sana hanya window shopping. 11street dan lazada wife dah jarang buka asyik ke app shopee je.
ReplyDeletekonsep shopee ni kurang penipuan....jgn personal wasap ngan payment je...
ReplyDeleteKenapa saya tak boleh buat pembayaran ke acc shopee . Lepas tu nak tulis alamat penghantaran pun tak boleh ? Stresssssss .
ReplyDeletesyukur ada shopee..
ReplyDeletesaya buat dropship ngan shopee ni.. rajin2 la save photo pastu jual kat fb...
saya pernah kena tipu dgn seller di shopee ni . lesap rm800 saya . dah lah baru gaji . perasaan tu Allah jer tahu . shopping shopping jugak tapi kena hati hati . ni nasihat saya yer
ReplyDeletebuat report x ?
Deletesusah sebenarnya nak kena tipu di shopee ni. awak yang tak alert tu. bila kita bank in, shopee yang pegang duit. seller hanya dapat duit bila kita approve order as complete. kalau kita senyap sampai lebih tempoh masa pun order jadi autocomplete. kalau seller lambat, ataupun kita perlu masa nak uji barang yang sampai, pergi lah extend guarantee. saya dah beribu barang beli di shopee, macam2 problem saya kena. itupun, rm1 sekalipun tetap saya tuntut dan tak lepas. dah tahu rm800 tu jumlah yang amat besar, siapa suruh tutup mata tak alert apa yang jadi. kalau report sebelum auto complete pun boleh tuntut duit juga. tolong celik dengan hak sendiri,jangan guna konsep "biar dia makan duit haram" lepas tu nak komplen sana sini pulak
DeleteBoleh eh extend guarantee sbb nk cuba brg tu dlm seminggu dua?
Deletesaya order brg dr 3 march 2018 sampai skrg xdpt brg..rekod pembelian pun xde..yg ada cuma bank transaction je..mcm mana nk report?
ReplyDeleteSaya pun sama jgk.hjung bulan 2 order barang,smpai sekarang x smpai2..check no traking..barang masih ada dkt sg wang plaza..masih x bergerak dari 2 narch 2018 lagi..perlu repot ke kpdnkk ke?
ReplyDeleteSaya ada order barang dari tengah bulan March sampai sekarang tak sampai lagi. Bila tanya seller , dia kata barang akan dihantar esok tapi sampai sekarang xda. Bila cancel order , direject pula oleh seller , tapi proses penghantaran masih juga belum dibuat , apa yang perlu saya buat ?
ReplyDeleteBaru terjebak dgn Shoppee gara2 hdk beli seluar utk anak2. Skrg susah nak stop window shopping. Setakat ni, Alhamdulillah, brg2 sampai dgn selamat tapi masi ada lg yg masi otw.
ReplyDeleteKlu tunggu barang baru otw ,, tak perlu mengesah kn dekat app shoppe dulu kn selagi barang tak sampai .. Bertanya
Deleteso saya click i dont have receipt,upload later. pastu skrg dah ad receipt, nak upload receipt ni nk masuk kat mana ye? xjumpa
ReplyDeleteIsshh
ReplyDeleteShopee ni penipu jgk kew...bnyk barang yg x sampai
ReplyDeletekena alert la. susah nak kena tipu dengan seller kalau awak alert. kalau seller tak hantar dalam masa etimated shipping, awak file for cancellation. kalau barang sampai lambat, extend guarantee supaya order tak autocomplete. satu sen pun seller tak boleh tipu dari awak kalau awak alert dengan hak sendiri
Deletesy beli gadjet.. dah byr kat shopee mcm biasa melalui maybank2u 1k.. kemudian penjual tu chat minta fone sy utk senang berurusan, sy bg no sy..dan dia chat minta sy tranfer direct pd dia.. bkn pd shopee.. sy ckp xnk.. sbb sy dh byr.. apa sy risau, takut barang tak dapat dan duit pun tak dapat balik 😢
ReplyDeleteNampak sgt seller tu fishy.. kalau dah byr kat shopee Kira okaylah tu.. jgn percaya dgn seller suruh transfer duit direct kat dia. Klu xsmpai lagi brg, tekan ja extend guarantee.. kita kena bijak jugak..
DeleteSaya trsalah bank in payment tadi,brg sy beli berharga rm 96.40 ttp sy trsalah transferr rm 96.00,baki 40 sen sy x bank in,sebb trsalah tngok hrga,nak tanya mcm mana sy nk buat payment 40 sen lg yg tdi tu
ReplyDeleteBoleh dpt x official receipt kalu beli dlm shoope
ReplyDeleteorder lain, dapat lain.
ReplyDeletejangan lah approve order kalau camtu. minta refund due to non receipt. kalau awak bayar untuk barang A, tapi seller bagi barang B, itu bukan masalah awak. minta refund, keringkan hati kalau seller cakap dah ganti dengan barang B. after all, awak bayar bukan untuk barang B. saya pernah jadi macam tu, seller tak contact pun barang out of stock, jadi dia main sedap bagi warna lain. ingat saya nak senyap je? memang tak la haha, saya file untuk refund. dia nak bagi barang lain untuk tutup salah, tu hal dia, saya tak mintak pun. kalau seller reject claim, dispute dekat shopee. shopee mesti akan approve melainkan ada bukti yang awak sudi terima barang lain dari diorder tu
Deletemeans confirm order ke ??..
DeleteKenapa ya resit pembayaran saya belum disemak saya menghantar resit pembayaran pada hari rabu.hari ni belum jugak disemak
ReplyDeleteSaya pon dh cukup 3 hari tp lain yg dapat resit anda x sah pastu gi tekan pembatalan barang skrg apa pon x blh, ade satu barang lagi dhbnk masuk dua hari tp blom selesai disemak jugk
Deletebiasa tarikh sampi brg yg di beri tepat atau tidak ye
ReplyDeletepatutnya pilih online banking.waktu pembayaran kena scroll ke bawah baru boleh pilih payment option.mana orang nak nampak benda tu. tak user friendly betul shoppee.buat rugi masa aku 3 hari lebih dah menunggu.
ReplyDeleteKalau pending review shopee memang lama eh? Pending review aku dia kata within 3 working days..
ReplyDeleteboss aku baru kena pending review... hadoii..duit dlm acc tolak tp kat shopee still buat bayaran mcm mana tu...
Deletehi , saya nak tanya kalau barang kita seller tidak post pada masa yang shoppe bagi , apa saya boleh buat supaya dapat duit saya semula ? saya dah cancel order tapi ditolak oleh seller . then saya jugak telah gunakan guarantee shopee tu tetap tidak post , malah dah lebih masa dari masa guarantee shopee tu . Now macam mana saya nak dapatkan duit saya balik 😭😭
ReplyDeleteSy beli barang, harga rm190..tetiba smpi mask muka sekeping yg harganya maybe xsampai rm1..sy click refund n seller xambil pape tindakan..duit pon secara auto refund masuk dlm akaun sy..selang seminggu, barang pon smpi..apa ptt sy buat?
ReplyDeleteKenapa tak pilih online banking? Kan lebih mudah..terus confirm payment dan seller pon boleh pos terus. Saya buyer dan saya seller. Bila customer beli guna method bank transfer ni, memang lambat la makan masa lebih dari 3 hari tunggu shopee verify resit. Kalau online banking, on the spot payment&confirm, boleh pos terus hari yang sama. Sama juga bila saya membeli, saya guna online banking, terus seller tu pos barang pada saya.
ReplyDeletehi..sorry. Kalau ada yg sama prob mcm saya, please assist me. Transaksi berjaya, duit dah ditolak daripada akaun. Tapi status pembelian masih "TO PAY", lepas 24jam order cancell dgn reason no payment. Dah call pihak shopee 03-27779222 tak angkat. dah email, tapi mcm autoreply jer.. :-(
DeleteNak tanya saya beli barang tapi barang sampai barang yg xde kualiti dan tak sama ape yg saya order...mcm mana ye nak buat sy dah lanjutkan 3 hari guaranti shopee..lepas tu mcm mana ye
ReplyDeleteCUSTOMER SERVICE SHOPEE TIDAK AKAN BANTU ANDA JIKA ATM SLIP HILANG SEBELUM SUBMIT, WALAUPUN MINI SLIP TERANG TERTULIS TRANSAKSI.KENAPA SELAKU PENERIMA SHOPEE SENDIRI X SEMAK, X TAHU.
ReplyDeleteTERUK STAFF MALAYSIA BERBANDING SHOPEE INDONESIA,DISANA ALL OUT DIBANTU CUKUP KALAU MINI SLIP DIKEMUKAKAN MENGGANTIKAN ATM SLIP YANG HILANG. MUNGKIN SHOPEE SENDIRI X ADA SOP STANDARD ATAU PERKARA TAK DITANYA KEPADA ATASAN OLEH STAFF YANG MALAS. SHOPEE MINTA SURAT BANK, MAYBAN PUN HERAN KENAPA SHOPEE X NAK SEMAK. SEJAK ITU AKU LEBIH SUKA SHOPPING KAT LAZADA , APA SAJA TRANSAKSI SEMUA SELAMAT, STAFF LEBIH HELPFUL DAN PENTING BARANG-BARANG LAZADA PUN DAH BANYAK DAN HARGA KOMPETATIF. HIDUP LAZADA.
Beware all shopee shopper. Shopee will ask you to snap your ic and selfie with your ic to give your refund. It easy to buy but once refund, they will take this opportunity to get your ic and your pic.Customer service kata system di approve oleh bank negara...klu ikutkan, salinan ic pun bukan senang2 boleh nk bg ke org. Kena palang takut di salah guna. Ini kan pula nk senang2 snap bg macam tu je. Customer service pun tak membantu...dalam shopeepay pun ZERO amount. Susahnya la nak dpt refund
ReplyDeletebrape mse nk tunggu shopee sahkan pembayaran kite tu ??
ReplyDeleteMacam mana kalau kite terbank in kurang dari harga die....contohnye harga 85...tapi kita bank in 80...ape nk buat yeah....kita dh hantar gambar resit pon
ReplyDeleteSaya ada order barang.lepas 3 hari smpai.tapi penghantar tu minta duit lagi.rm13.terkejut juga.sy tanya kenapa kena bayar kos penghantar lagi.sedangkan .semua dah dikira termasuk kos penghantaran.sy bagatu seller.takada jwpan pun..last sy batalkan barang tu.skrg tgh tuggu duit ..
ReplyDeleteKat page seller kata barang ori tapi bila dah dpt brg tu rupanya tipu. Bila return utk refund pulak kos utk posting kena byr sendiri.
ReplyDeleteSalam. Nak tanya, saya ada deal dgn private seller ni. Dia suruh saya bank in dulu harga barang tu sahaja Rm120, saya tanya kenpa saya tak perlu bayar kat dia dengan kos pos sekali, sedangkan dia yang akan pos barang saya tu. Dia kata masa barang tu dah sampai depan rumah saya barulah saya akan bayar kos pos tu kat budak yg hantar tu. Betul ke J&T Express ada buat mcm tu?
ReplyDeleteELAKKAN DARI BERURUSAN DENGAN SELLER LUAR DARI PLATFORM SHOPEE/LAZADA dll. CONTOH BIASA YANG BERLAKU SELLER AKAN MINTA NO WHATSAPP UNTUK DEAL DAN AKAN MENAWARKAN HARGA YANG LEBIH MURAH. INI MERUPAKAN MODUS OPERANDI SCAMMER. PIHAK SHOPEE/LAZADA dll TIDAK AKAN BERTANGGUNG JAWAB SEKIRANYA BERLAKU PENIPUAN LUAR DARI PLATFORM YANG MEREKA TAWARKAN KERANA TIADA SEBARANG BUKTI ANDA BERURUSAN DENGAN MEREKA(SHOPEE/LAZADA dll). JIKA ADA SEBARANG KEMUSYKILAN TENTANG ORDER YANG TELAH DIBUAT, GUNAKAN HAK UNTUK MENGHUBUNGI HOTLINE MEREKA. CUSTOMER SERVICE PUN SOPAN SOPAN. BIASANYA NOMBOR TERTERA DIBAHAGIAN HELP CENTRE. BERBELANJALAH DENGAN BIJAK, DUIT ANDA AKAN SELAMAT JIWA ANDA AKAN TENTERAM. JANGAN BIARKAN SANG PENIPU TERJERUMUS KE NERAKA JAHANNAM..KIKIKI
ReplyDeleteSaya pun ada order dekat shopee. Pernah juga ada seller tu jenis yang tak jawab /reply chat kita.dekat order dah shipped tapi nombor tracking tiada. Bila minta nombor tracking seller senyap je x jawab apa2 pn. Pas tu saya call je shopee . Shopee tak boleh buat apa sehingga tarikh order tu sehari nak complete baru boleh buat report. So saya pun buat report. Tapi shopee minta respon untuk tunggu dalam 3ke4 hari mcm tu untuk terima jawapan dari seller. Tapi seller no respond so duit saya shopee pun refund. Dan saya ada order lagi semalam.tapi seller yang lain tapi akaun seller ni agak pelik. Dan saya chat x jawab2. Selepas order dah buat bayaran toba2 order status sudah shipped tapi nombor tracking tidak ada.chat seller pn x jawab2. Yang pelik order sudah shipped tapi seller tak aktif2 lebih 12jam.mcm mna seller boleh shipped? Chat minta nombor tracking pun senyap tak jawab2.pas tu tgok dia dh tak online dah 14jam.yang peliknya tu seller tak online tapi boleh plk status order kita tu shipped dan seller tak letak nombor tracking. Ni mesti kena scame lg la nampaknya saya.Pelik la kenapa shopee tak banned seller2 yang macam ni. Akaun seller tu ialah supersellers2173.os .. hati2 dekat seller ni.
ReplyDeleteKlu dh mcm tu, klik jelah extend guarantee, duit tu xkan sampai kat seller tu klu buat mcm tu. Thanks bagi username tu sbg langkah berjaga2.
ReplyDeleteHai..apa nak buat kalau kita dapat noti inrelevant resit?? Dah bankin kan dah.. Tp mungkin resit tu salah...
ReplyDeleteBAIK BAIK !!!! Inilah transformasi kehidupan! Nama saya Xavier, saya dari SPAIN. Oleh kerana analisis kewangan tertentu, kontrak yang saya tangani bulan lepas tidak dilakukan seperti yang dirancang. Jadi saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman, tetapi tidak pernah diluluskan kerana skor kredit buruk saya. Beberapa hari yang lalu, seorang wanita dari organisasi saya datang dan memberitahu saya mengenai SYARIKAT KREDIT KEWANGAN secara dalam talian dengan kadar faedah 2% yang rendah dan jadual pembayaran yang lebih baik. Dan dia memberitahu saya dia telah ditipu beberapa kali sehingga dia dirujuk kepada SYARIKAT KREDIT KEWANGAN TANAH. Kemudian saya menghubungi mereka di pacificfinancialloanfirm@gmail.com dan mereka memberikan saya pinjaman saya sangat gembira.
ReplyDeleteYou may pick a delivery business with the lowest priced rates to send parcel to kuwait, but when they don't produce punctually, that is a fake economy. Locating a courier that provides the most useful affordable is the way to go.
ReplyDeleteThis was among the best posts and episode from your team it let me learn many new things. targetcrypto
ReplyDeleteIts as if you had a great grasp on the subject matter, but you forgot to include your readers. Perhaps you should think about this from more than one angle. 香港聊天室
ReplyDeleteThis is my first time i visit here. I found so many entertaining stuff in your blog, especially its discussion. From the tons of comments on your articles, I guess I am not the only one having all the leisure here! Keep up the good work. I have been meaning to write something like this on my website and you have given me an idea. 相睇
ReplyDeleteI curious more interest in some of them hope you will give more information on this topics in your next articles. the taco stand
ReplyDeleteYou completed certain reliable points there. I did a search on the subject and found nearly all persons will agree with your blog. News
ReplyDeleteThis post is very simple to read and appreciate without leaving any details out. Great work! Warmtepomp
ReplyDelete