Sunday, May 21, 2017

Playset DC SUPER HERO GIRLS By MATTEL

DC Super Hero Girls toys by Mattel | Salah satu produk berjenama antarabangsa yang akan dilancarkan di Malaysia pada 2017. Wow macam menarik je ni. Memang menarik pun. Aku dah tengok dah toys dan merchandise dia. Memang gempak ! Aku yakin, pasti ramai yang teruja dengan toys DC Super Hero Girls ni nanti. Khususnya untuk kanak-kanak perempuan. Yelah nama pun Super Hero Girls kan.. Semestinya tumpuan ditujukan khas untuk gegurl je.. Pelacaran pada pertengahan 2017 nanti, TAPI sekarang ni Toys dah ada kat Toy”R”us !! Wow.. Tengah exclusively SALE plak tu.. Baik korang pergi tengok cepat-cepat. Buat masa ni hanya ada di Toy”R”us. Apapun toys dan merchandise DC Super Hero Girls akan available di semua kedai mainan atau toys stores yang terpilih bermula tahun ni. 

Apapun biar aku perkenalkan dulu 3 item dari DC Super Hero Girls toys by Mattel ni. Memang menarik semuanya..
·         Super Hero High School Tower ft Batgirl (figurines)
·         Batgirl Utility Belt
·         Action Flying Supergirl

1. SUPER HERO HIGH SCHOOL TOWER
Super Hero high School
Super Hero High School ni merupakan salah satu tempat dimana semua DC Super hero berkumpul dan menghadiri kelas. Menjadi tempat berlatih atau pusat latihan DC Super Hero. Mereka semua ni mempunyai super power yang berlainan dan karektor yang berlainan. 

DC SuperHero Girls Season 1 Episode 1 Welcome to Superhero High


Super Hero High School
SHHS
Ini lah hasil bila dah siap pasang. Tak sampai 15 minit aku pasang. Manual semua dah ada cuma tinggal nak pasang je. Mengikut arahan kat kotak, pemasangan ni perlukan melibatkan orang dewasa. Kalau anak-anak sendiri nak try pasang sendiri boleh je. Kita guide dia. Kalau nak tau, bangunan Super Hero High School ni berketinggian lebih dari 60 cm ! Tinggi  gak tu. Puas hati dapat mainan ni. 
DC BATGIRL
DC BATGIRL 2DC BATGIRL 3
Super Hero High School ni datang sekali dengan figurine. Aliah dapat Batgirl. Seronok sangat Aliah dapat Batgirl. Comel pulak tu. Topeng Batgirl boleh buka dan sayap kat belakang tu pun boleh buka. 


Jom lihat skrinshot antara aksi-aksi bermain permainan Super Hero High School ni. 
batgirl 5
DC BATGIRL 1

Tak puas tengok skrinshot je ? Jom Aliah tunjuk cara-cara nak main Super Hero High School ni. Apa yang Batgirl boleh buat kat sini. Seronok main ni..
Youtube Video Aliah dengan Super Hero High School
  
2. BATGIRL UTILITY BELT
Kalau tadi figurine Batgirl bersama Super Hero High School, ini pulak salah satu daripada Batgirl punya equipment. Tali pinggang serba guna Batgirl. Khas untuk kanak-kanak 6-10 tahun. Besar juga tali pinggang ni. Aliah dah 10 tahun masih ada lebih lagi butang kat belakang.

Apa yang menarik tentang Batgirl Utility Belt ni ?
Kat tali pinggang Batgirl ni ada telefon, tempat letak senjata sulit dan Light up Utility - push button. Ada lebih kurang 5 bunyi berlainan masa push button tu.
  •         Lights and Sound
  •         Hidden Compartment
  •         Secret Message
Batgirl Utility Belt
Batgirl Utility Belt
Batgirl Utility Belt


batgirl aliah
Perghh garangnya Aliah hehe…takutt!! Okeh jom tengok Aliah berseloroh dengan Batgirl Utility Belt ni…
Youtube Video Aliah dengan Batgirl Utility Belt

3. ACTION FLYING SUPERGIRL
Haa yang ni SUPERGIRL.. Action Flying Supergirl, nak tengok Supergirl terbang? Permainan ni sesuai untuk outdoor, kawasan terbuka dan luas. Kalau kawasan tempat kecik macam dalam rumah boleh je main tapi nanti Supergirl nak terbang takleh la tinggi tinggi..

Front Cover
Supergirl 1
Back Cover
Yang ni Action Flying Supergirl Aliah. Ada Supergirl toy dan tempat pemegangnya. Aliah main kat taman. Selesa dan luas. Lagipun boleh main dengan kawan-kawan. 
Jom lihat Aliah main Supergirl dengan kawan-kawan Aliah. 
Youtube Video Aliah dengan Action Flying Supergirl

So macam mana dengan toys di semua ? Menarik kan !! Haa, baru 3 item je aku tunjuk. Banyak lagi nanti. Fuhhh  harap korang jangan ketinggalan untuk meneroka alam DC Super Hero Girls dan DC Super Hero Girls toys by Mattel. Untuk maklumat lanjut korang boleh surf details kat bawah ni.

Official website:
Official YouTube channel:
Official Facebook page: 
Official Instagram Page
Other source: 

2 comments:

  1. waa.. nasib la saya blogwalking pepagi subuh.. kalua time anak dara saya dah bangun, jawabnye ke Toys r us la kami.. hee~ tapi boleh standby untuk hadiah hari jadi dia tahun depan plak.. thaun ni dah lepas..

    ReplyDelete
  2. comeyyyy je aliah hehehhe ni kalau humaira dah besar best ni hehehe padahal ibu yang excited hahaha

    ReplyDelete